Duit Raya Awal Dari Shaklee Untuk Kocek Raya 2023

Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee

Umum tahu, dengan kegawatan ekonomi negara sekarang, ramai yang yang terkesan dari segi peruntukan kewangan untuk diri dan keluarga. Lagi-lagi bulan Ramadhan dan Sayawal akan kunjung tiba. Mengikut pengalaman Zilla sendiri, Ramadhan dan Syawal antara bulan yang banyak juga perlukan perbelanjaan.

Dalam kesibukan menyediakan persiapan puasa, ramai ibu bapa yang dah struggle untuk buat persiapan raya pula. Baju raya anak-anak, biskut raya, perbelanjaan dapur untuk tetamu beraya, perbelanjaan balik ke kampung halaman dan duit raya untuk mak ayah serta anak-anak saudara dan kenalan. Ini semua antara yang kita akan sediakan setiap tahun.

Bukanlah untuk bermewah-mewah, walau sekadar cukup keperluan saja, ramai dah pening kepala dengan perbelanjaan raya. Kita pasti ingin buat yang terbaik untuk keluarga dan tetamu dengan menggembirakan hati mereka pada hari raya nantikan?

Persiapan raya

Tidak hairanlah begitu ramai orang melakukan dua kerja demi menjamin kelangsungan hidup pada masa sekarang. Zilla juga salah seorang daripada mereka. Syukur juga berbisnes sebagai side income untuk tampung mana-mana keperluan yang kurang dan jadikan sebagai simpanan kecemasan.

Lagi bersyukur dapat mengenali bisnes hanya atas talian yang begitu mudah dan tanpa perlukan modal yang besar. Sedar tak sedar, dah tahun keempat dapat merasa side income dan duit raya dari Shaklee. Shaklee tak permah miss bagi elaun bulanan seperti mana orang bergaji setiap bulan. Pada 14hb setiap bulan, Shaklee akan masukkan elaun atas hasil jualan kita terus keakaun peribadi. Jadi, masih sempatlah Zilla buat persiapan raya dengan duit raya awal dari Shaklee tahun ini!

Jika ada yang masih struggle untuk jana pendapatan sampingan, nasihat Zilla kita mulakan dari sekarang! Jangan berlengah-lengah! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kita akan dapat hasil atas apa yang kita usahakan.

Bonus Bulanan Shaklee


Nak Kocek Raya 2023 Dari Shaklee?

Nak duit raya awal dari shaklee? Zilla boleh bantu, insyaAllah. Masa mula-mula Zilla join bisnes shaklee dulu pun masih zero knowledge pasal bisnes. Bermula dengan membeli produk untuk masalah gastrik dan buat pendaftaran keahlian cuma RM35 untuk pembelian jimat. Bagi yang baru, pendaftaran keahlian shaklee hanya RM35 for a lifetime tau! Atau boleh juga dapatkan keahlian percuma dengan syarat pembelian 100uv / RM350++ dalam satu resit. Banyak pulangan yang kita akan dapat bila mendaftar sebagai ahli bisnes mahupun ahli makan sendiri.  Untuk maklumat lanjut pendaftaran, boleh tanya terus Zilla disini ye.

Bagi yang fokus berbisnes, kita hanya perlukan kerajinan dan komited untuk membuat jualan setiap hari. Lagi banyak jualan, lagi tinggi bonus yang akan masuk ke akaun kita nanti. Siapa je yang tak suka kan? Tambahan pula, bisnes shaklee cukup sekadar mempunyai handphone dan internet, semua dihujung cari.

Bagi yang baru bermula, tak perlu risau untuk pegang stok dan pos barang. Shaklee sendiri akan buatkan untuk kita. Tugas kita hanyalah kongsi sahaja, nanti tunggu duit raya masuk ye! Hehe..

Duit raya awal Shaklee nanti bolehla buat bayar zakat, beli baju raya, biskut raya, barangan harian, dapat peluang banyak bersedekah dan bermacam-macam lagi. Enjoy raya 2023 dengan duit raya shaklee!

Projek Kocek Raya 2023


Jadi, berminat ke berminat nak duit raya awal dari shaklee untuk kocek raya 2023 ni? Zilla buka peluang kepada semua yang layak ye:

1) Berumur 18 tahun ke atas
2) Dah bekerja tapi perlukan side income
3) Surirumah yang nak ada duit sendiri dan bantu suami
4) Pelajar yang nak tambah duit poket


Team AlFalah Legacy

Baca juga perkongsian seorang shabat kenapa kita perlukan Duit Raya dari Shaklee dan sebab kenapa perlu join shaklee. InsyaAllah akan memberi inspirasi dan keyakinan untuk kita semua berjaya dalam bisnes. Bersama-sama kita berusaha untuk membahagiakan orang-orang tersayang.



Azilla Muhammad
Shaklee Business Builder
Pengedar Shaklee Bukit Jalil


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengeddarshakleebukitjalil
#kocekraya2023


.


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia : 3 Keistimewaan Shaklee

5 IDEA MENU SAHUR SIHAT

Set Puasa Shaklee : Berpuasa Dengan Shaklee Semudah 1 2 3