5 IDEA MENU SAHUR SIHAT


Alhamdulillah....

Hari ke 10 Ramadhan 1444H.
Assalamualaikum semua pembaca blog Zilla. 10 hari dah kita berpuasa, didoakan semuanya sentiasa sihat dan bahagia. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, bertambah amal ibadah kita dan diterimaNya..insyaAllah.

Apa perasaan korang semua?
Setakat ni masih ok lagi ke? Zilla selalunya dah nak masuk fasa malas masak-masak waktu sahur ni. Hehe.. 

Sahur itu sunnah, maka terpaksa wajibkan diri jugak untuk bangun sahur walau minum segelas air, moga diterima amalan dan mendapat pahala bersahur, aamiin Ya Rab.

Tapiiiii, itu dulu la ye. 
Sekarang makin rajin sebab sahur Zilla simple, sihat dan senang. Korang yang malas-malas tu jom baca perkongsian Zilla untuk dapatkan 5 idea menu sahur sihat.


5 IDEA MENU SAHUR SIHAT!

1. Overnight Oats - Siapkan oats dalam bekas, tambahkan susu/ yogurt serta buah-buahan segar seperti pisang atau strawberi, dan kacang-kacangan seperti almond. Biarkan semalaman dalam peti ais dan nikmati keesokannya pada waktu sahur.


2. Telur rebus/bakar/scrambled - Telur merupakan sumber protein yang baik dan mudah untuk disiapkan. Telur boleh dipelbagaikan resipi dengan makan bersama-sama sayuran segar seperti tomato, timun, atau avokado untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan kenyang lama.



3. Roti gandum bijirin penuh - Roti gandum bijirin penuh kaya dengan serat dan rendah lemak. Sajikan dengan pure butter dan telur untuk mendapatkan sumber protein dan lemak yang baik dan mengenyangkan.


4. Sup sayur-sayuran - Siapkan sup sayur-sayuran yang kaya serat dan nutrisi. Campurkan sayuran seperti brokoli, carrot,jagung, isi ayam atau telur. Boleh pelbagaikan lagi sayuran ikut kegemaran sendiri.


5. Protein Shake - Minuman berasaskan soya tanpa pengubahsuaian genetic, mengandungi rendah GI. Zilla ambil protein shake shaklee untuk kenyang lebih lama dan elak pedih perut. Paling best adalah campuran ESP, avokado dan kurma. Kedua adalah Cinch Chocolate.

Haa...simple dan sedap semuanyakan? 5 menu sahur sihat ,mudah dan cepat.JANGAN LUPA PASTIKAN;

1.Menu lengkap nutrisi.
2.Ambil karbohidrat kompleks dari sumber yang baik.
3.Cukup protein untuk bantu kenyang dan kawal nafsu makan.
4.Minum air putih secukupnya.
5.Mengambil makanan serat untuk penghadaman usus yang baik.

Jadi tiada alasan lagi ye yang malas bersahur tu! Nak dapatkan info lengkap nutrisi dibulan puasa, jom baca disini 👉 Set Puasa Shaklee

Selamat meneruskan ibadah puasa semua.


Azilla Muhammad
Shaklee Business Builder
Pengedar Shaklee Bukit Jalil


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleeteiumph2023
#pengedarshakleebukitjalil
#setrahmahshaklee






Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia : 3 Keistimewaan Shaklee

Set Puasa Shaklee : Berpuasa Dengan Shaklee Semudah 1 2 3