KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu!

Alamakkkk!!!

Dah syok-syok buat Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai diet IF, ada juga keburukannnya !

Jangan terkejut ok!
Jom baca dulu perkongsian Zilla kali ini tentang Keburukan Intermittent Fasting dan bagaimana ianya boleh berlaku.



AUTOPHAGY DAN INTERMITTENT FASTING

Umum tahu, IF adalah diet yang kita amalkan pada waktu-waktu tertentu yang mempunyai dua waktu makan dan puasa.

Lebih dikenali sebagai eating window dan fasting window. 

Semasa kita berpuasa, badan akan menjalankan satu proses yang dipanggil Autophagy yang membawa maksud pembersihan diri secara semulajadi dalam tempoh tertentu semasa berpuasa.

Autophagy adalah cara sel-sel badan membersihkan dirinya yang rosak, dan menggantikan dengan sel-sel yang baru,sihat dan akan memberi manfaat pada keseluruhan kesihatan badan kita.


Dengan melakukan IF, kita boleh mencapai autophagy dan insyaAllah berjaya menurunkan berat badan yang diidamkan. Malahan, dengan berpuasa seperti puasa kita pada bulan ramadhan ini, proses autophagy akan lebih cepat 3x ganda berbanding Intermittent Fasting.


Di atas adalah contoh manfaat autophagy kepada badan kita. Suka juga Zilla baca perkongsian sahabat Zilla yang menghadiri Kelas Nutraceutical yang diadakan baru-baru ini. Kelas yang disampaikan oleh Dr Redza Benjamin, seorang Saintis Malaysia Lulusan Harvard Medical School yang pakar dalam bidang Nutrigenomics.

Perkongsian beliau adalah tentang pemakanan sihat,sunnah dan sains serta kelebihan berpuasa dan menurunkan berat badan.

Jadi, bagi mencapai tahap kesihatan yang terbaik dalam proses penurunan berat badan kita perlu tahu dulu apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan ketika melakukan IF,terutamanya dari segi pemakanan.


KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

1. Tiada panduan khusus pelan pemakanan.

πŸ‘‰ Ini kerap berlaku kepada beginner yang baru mencuba IF. Sekiranya mereka tidak menyediakan pelan pemakanan khusus, akan lebih berisiko bagi mereka mengambil makanan yang tinggi kalori, bergula serta kandungan garam yang berlebihan untuk melawan rasa lapar setelah berjam-jam berpuasa.




2. Tahap kolagen berkurang sebanyak 90%.

πŸ‘‰ Ramai yang terlepas pandang, IF boleh menyebabkan penuaan pada kulit wajah. Apabila kita dah capai penurunan berat badan, kandungan dan penghasilan kolagen dalam badan juga turut berkurang. Ini menyebakan kulit berkedut dan hilang keanjalan pada kulit. Rambut juga akan mula gugur.

πŸ‘‰ Oleh itu,sangat penting untuk kita mengambil kolagen sebagai makanan tambahan yang sihat sewaktu melakukan IF. Collagen Powder Plus Shaklee ini sangat disyorkan  dan merupakan kolagen terbaik untuk menganjalkan kulit.



3. Kegatalan pada kulit.

πŸ‘‰ Kegatan pada kulit juga antara keburukan ketika melakukan IF dan berpuasa. Ianya berpu ca daripada badan yang terhidrasi akibat pengurangan air dalam badan. Untuk mengelak hal ini berlaku, badan kita perlukan air yang cukup.

1 liter = 25kg berat badan

πŸ‘‰ Selain itu, electrolyte dalam badan juga perlu cukup bagi mengekalkan kelembapan kulit dan bekalkan tenaga. Zilla syorkan pengambilan Air Performance Drink Shaklee yang mengandungi 6 jenis electrolyte yang mampu mengekalkan air dalam sel-sel badan.

4. Mood terganggu.

πŸ‘‰ Ketika melakukan Intermittent Fasting, kita akan diganggu dengan rasa mudah lapar, pening, penat, lesu dan kemurungan. Jika sukar untuk kita mengawal perasaan ini, suka juga Zilla cadangkan pengambilan suplemen yang boleh meningkatkan dan mengawal mood yang lebih baik.

πŸ‘‰ Antaranya vitamin B-complex, multivitamin, dan  vitamin D.


5. Tidur terganggu atau insomnia

πŸ‘‰ Intermittent Fasting juga boleh menyebakan tidur terganggu, ada sesetangah yang mengalami masalah insomnia yang berlarutan.

πŸ‘‰ Rasa lapar yang terlampau ketika berpuasa menyebabkan tahap kortisol kita meningkat. Kortisol ini akan terhasil apabila badan kita stress dan gula dalam darah rendah. Apabila kortisol dalam badan meningkat, hormon melatonin pula akan menurun.

πŸ‘‰ Melatonin adalah hormon yang merangsang kita untuk rasa mengantuk dan bantu tidur yang lebih lena.

 πŸ‘‰ Masalah ini boleh dibantu dengan pengambilan protein shake untuk elak rasa lapar yang terlampau serta vitamin yang mengandungi polifenol yang tinggi membantu tidur yang lebih lena, seperti ResV.

CARA MENDAPATKAN MANFAAT IF DENGAN SIHAT

Tidak salah melakukan IF walau ada keburukannya. Untuk itu, kita perlu tahu cara IF yang betul bagi mendapatkan manfaatnya dan elak berlaku keburukan daripada diet IF.

Seperti Zilla kongsikan diatas, kita perlu mencapai tahap autophagy dan meningkatkan proses autophagy dengan cepat supaya badan tidak terdedah kepada 5 keburukan IF di atas.

Ini adalah antara  Suplemen Terbaik yang boleh meningkatkan proses autophagy:

1. Resveratrol
2. Staxantin
3. Barberine
4. Citrus Bergamot
5. Turmeric

Di shaklee juga terdapat produk yang mengandungi resveratrol yang dapat mengaktifkan proses autophagy secara konsisten dan mencapai tahap autophagy pada tahap maksimum. 

Antaranya adalah VIVIX dan ResV.


KESIMPULAN

Intermitten Fasting dan berpuasa dapat membantu badan melakukan proses autophagy untuk kesihatan menyeluruh bukan sekadar bantu badan untuk kurus.

Jadi, buat cara yang betul dan amalkan suplemen sebagai tambahan makanan untuk keperluan semasa berpuasa.

Jika ada pertanyaa  serta perlu dapatkan konsultasi, boleh hubungi Zilla disini ya.

Salam 3 Ramadhan 1444H.

Azilla Muhammad 
Shaklee Business Builder
Pengedar Shaklee Bukit Jalil 

#blogmegashaklee
#pengedarshakleebukitjalil
#shakleethrive2023
#shakleetriiumph2023
#setpuasashaklee123

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia : 3 Keistimewaan Shaklee

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Hello New You

Set Kurus Shaklee : Sihat & Cantik Beraya Dengan Shaklee