Review & Feedback : Blog Mega Shaklee 1.0,Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?


Review & Feedback : Blog Mega Shaklee 1.0,Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?

Alhamdulillah Thumma Allhamdulillah
Syukur ke hadrat Illahi atas segala kurniaNYA 

Sedar tak sedar dah lebih seminggu tamat Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Tak percaya pun ada, keterujaan tu masih membuak-buak. Tanpa projek ini, takkan terhasilnya azillamuhammad.blogspot.com . Pertama sekali, jutaan terima kasih buat Master Norita, pencetus projek & moderator Master Salwa. Dua master hebat yang nak kami sama-sama berjuang sebagai blogger yang boleh menyebar luas manfaat buat seluruh pembaca sekaligus menjadikan platform blog ini sebagai sumber pendapatan kami.

Projek Blog Mega Shaklee 1.0 adalah satu inisiatif untuk mengembalikan keterujaan dan konsistensi bagi ahli-ahli shaklee berdaftar yang telah menjalankan perniaagan, bagi tujuan menghasilkan satu gelombang kebangkitan bersama-sama. Macam nak pergi berperang je bunyinya! Hehe..

Pada mulanya, zilla ada juga rasa takut-takut untuk sertai, yelah, kalau fikirkan kumpulan dibawah Master Norita dari Group Euphoria ni bukan calang-calang, dan kebanyakan penyertaan pula adalah leader business, dan zilla sendiri bukanlah seorang yang rajin menulis.Hahahaha...

Tapi, tepis siap-siap segala kerisauan tu, sebab ini adalah peluang yang mungkin kita tak tahu, Allah nak bagi kejayaan besar disebaliknya. Pada masa ni, memang zilla tengah stuck dengan bisnes sendiri, rasa tak tahu nak buat apa. Atas ajakan sideline business yang kebetulan masa tu memang tengah chat dengan beliau, jadi zilla ikut dan join saja!

Mungkin anda yang membaca ni pun pelikkan! Kalau ikutkan macam tak relevan dah blog untuk marketing, semua orang dah buat tiktok, reels di instagram dan facebook. Ketinggalan ke apa ni! Hahaha..Sebenarnya masih sangat relevan je tau, cuba buat carian digoogle, yang akan keluar pada page pertama kebanyakannya penulisan blog atau website.




Lagi pula zilla rasa, tiktok, reels di intagram dan facebook ni macam tak kena sangat dengan diri sendiri, nak mengedit tu boleh jadi stress dan ambil masa yang lama. Bukanlah menolak terus untuk ikut trend terkini, seminggu atau dua minggu sekali zilla akan cuba juga siapkan satu video samada berkenaan produk atau aktiviti harian. 

Cuma sekarang akan lebih berfokus pada blog! Pada pandangan zilla, Projek Blog Mega Shalee 1.0 ni sangat membantu terutama dari segi penambahan ilmu pengatahuan. Untuk menulis kita perlukan pembacaan dan carian sumber-sumber yang sahih, jadi dari proses tersebut zilla akan banyak belajar.

Orang cakap ...'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'... so tak pandang apa dah, sebab niat nak ubah diri, nak berjaya dalam bisnes shaklee, zilla redah je dan completekan semua task projek yang diberikan. Alhamdulillah,  dua minggu dalam pantauan, zilla berjaya selesaikan task dengan entri pertama bekenaan Intermittent Fasting dan entri kedua adalah  Set Kurus Shaklee . Korang jangan lupa baca ye!

Mungkin penulisan ini tidak sebaik blogger-blogger otai, tapi zilla cuba. Tak sangka pula bila dah tamat projek yang berlangsung selama dua minggu tu, zilla tersenarai sebagai pemenang Nutriferon. Maksudnya dah berjaya hantar kedua-dua task dengan sedikit penambahbaikan. InsyaAllah, pada masa akan datang akan buat lagi terbaik!



   Penerima nutriferon, alhamdulillah ada terselit nama sendiri!


Sekarang ni nak masuk debaran fasa kedua pula,hahaha....Atas maklum balas dan juga permintaan ramai, Projek Blog Mega Shaklee 2.0 akan diteruskan! Yeaay, masyaAllah. Sudah tentu, lagi mencabar dan kriteria penyertaan dalah lebih ketat. Kalini, akan ada tapisan penyertaan dan yang layak sahaja akan disenaraimasuk ke group Projek Blog Mega Shaklee 2.0.

Dan entri ini juga adalah salah satu syarat atau preliminary task yang perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk layakkan diri ke projek seterusnya. Suka zilla nak kongsi feedback  penyertaan Projek Blog Mega Shaklee 1.0 sebagai pembakar semangat untuk semua.


Feedback

Kenapa Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0?

Tak salah mencuba!
Walaupun ada kekangan waktu atas sebab kerja hakiki, zilla nak teruskan lagi projek blog kedua ini sebagai cabaran untuk capai impian dalam bisnes shaklee ni. Zilla simpan kata-kata Master Norita yang menjadi pembakar semangat untuk teruskan projek ni:


.....kalau sekarang mungkin kita tak nampak atau dapat hasil lagi, tapi percaya akan datang, kita takkan sangka apa yang kita akan dapat melalui projek blog ni.....

Semua rezeki dariNya, tinggal kita usaha dan tawakkal! Bila join projek ini, zilla bukan keseorangan, ramai antara kami yang berrsungguh-sungguh dan saling bekerjasama untuk menjayakan projek ni. Itu juga menjadi sebab kenapa zilla sendiri pilih untuk teruskan projek blog mega sjaklee 2.0 ini.

Dan yang terakhir, sudah tentu ada ganjarannya sebagai pembakar semangat!. Hehe..Semua bertambah semangat bila Master Norita umumkan ganjaran bagi sesiapa yang berjaya menyiapkan projek ini, akan dapat reward yang lebih besar. MasyaAllah, bayangkan, kalau sebelum ni dah dapat reward Vivix, Collagen dan Nutriferon, ini apa pula la agaknya kan!

Yang penting ilmu tu yang kami nak!.

Tolong sama-sama doakan zilla dan team layak  disenaraikan untuk projek 2.0 ye!
Moga Allah mengilhamkan kami dengan idea-idea yang bermanfaat untuk semua pembaca, dapat berkongsi semua kebaikan kesihatan melalui penulisan blog kami, serta membantu ramai orang diluar sana untuk sama-sama berjaya dalam bisnes kami, dan semua yang kami peroleh adalah untuk kami kongsikan kebaikan kepada semua.

Aaminn Ya Rabb..


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee2.0


Azilla Muhammad
+601135253507
Pengedar Shaklee Bukit Jalil








 

Comments

Popular posts from this blog

5 IDEA MENU SAHUR SIHAT

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia : 3 Keistimewaan Shaklee