9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!
9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!
Assalamualaikum wbt...
Untuk entri kalini pula zilla nak kongsi 9 sebab kenapa komuniti bisnes shaklee ni sangat best!
Zilla kongsikan dari pengalaman sendiri setelah hampir 4 tahun bersama-sama shaklee.
Jom teruskan membaca!
1.Kenalan Yang Mesra
Dalam bisnes shaklee ni, daftar je sebagai ahli, terus dapat keluarga baru. Semua sangat welcoming walaupun tak kenal langsung sebelum ni. Kalau berjumpa boleh sembang macam dah lama kenal. Paling best dalam komuniti shaklee ni, kita bukan sekadar dengan team sendiri je, dengan team-team lain pun kita akan terlibat dengan macam-macam aktiviti.
2.Tidak Kedekut Ilmu
Dalam bisnes shaklee, kita sentiasa diingatkan untuk upgrade ilmu. Setiap ahli diberi peluang untuk berkongsi apa sahaja ilmu yang baru mereka pelajari samada ilmu marketing, ilmu kesihatan, teknik-teknik dalam perniagaan dan sebagainya. Bahkan kami juga sentiasa diingatkan dengan ilmu-ilmu kerohanian seperti perkongsian ceramah, dan bacaan al-quran.
3.Diajar Bersaing Dengan Diri Sendiri
Ini juga antara sebab komuniti bisnes shaklee sangat best dan jarang berlaku tau. Kebiasaannya orang bisnes ni akan bersaing sesama sendiri, tetapi dalam komuniti kami, kami diajar bersaing dengan diri sendiri! Antara ahli team pula, kami saling membantu. Sentiasa berkongsi walaupun jualan kami adalah produk yang sama. Ini yang dikatakan persaingan secara sihat.
4.Team Bisnes Yang Aktif
Boleh dikatakan setiap bulan, akan ada saja aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh bisnes leader kami. Samada aktiviti secara fizikal atau atas talian. Ada juga yang tak menang tangan nak menyambut ajakan leader ni, hehe. Kebiasaannya akan ada aktiviti gathering sesama ahli, projek duit raya, program bersama-sama anak yatim, projek sedekah jumaat dan banyak lagi la.
.jpeg)
5. Support System Yang Teratur & Mudah
Dalam bisnes shaklee sendiri, kami disediakan tools bisnes yang sangat mudah, Bukan sekadar website rasmi oleh pihak shaklee Malaysia sahaja, tetapi pelbagai sumber seperti telegram untuk perkongsian poster-poster produk, feedback dan platform pertanyaan. Sebagai ahli berniaga atau akan sendiri, untuk sebarang pembelian juga hanya dilakukan melalui online sahaja jika tidak berkesempatan ke branch. Shaklee pada bila-bila masa dan dimana sahaja! Sistem kami aktif 24jam sehari.
6.Shaklee Adalah Gaya Hidup Sihat
Ramai yang dah sedar tentang keperluan menjaga kesihatan pada masa kini. Ramai juga yang memilih kami sebagai perunding kesihatan untuk ke arah hidup yang lebih sihat. Itulah shaklee! Kami sangat terinspirasi untuk memberi nasihat dan berkongsi pengalaman sendiri kepada ramai orang tentang kelebihan shaklee sebagai pilihan gaya hidup sihat. Shaklee menggalakkan gaya hidup lebih sihat melalui pemakanan harian, amalan pemakanan supplemen dan aktiviti bersukan.
7.Bisnes Shaklee Untuk Semua
Bisnes shaklee adalah terbuka kepada semua golongan masyarakat yang berusia 18tahun ke atas. Kami sangat mengalukan sesiapa saja yang berminat untuk bersama-sama, samada hanya menjadi ahli makan sendiri, atau menjana pendapatan melalui shaklee. Komuniti kami tiada limit! Sebab tu komuniti shaklee ni sangat best. kami boleh saling mengenali orang daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira peringkat umur. Daripada situ kami akan kongsi bersama-sama tentang pelbagai ilmu dan pengalaman.
8.Jatuh Bangun Bersama-sama
Dalam bisnes shaklee, tiada sesiapa di depan, tiada sesiapa dibelakang. Kami akan bergerak bersama-sama. Siapa yang buat, dia akan dapat hasilnya. Disebabkan kami didaftarkan sebagai syarikat MLM, mungkin ramai yang menganggap ini adalah bisnes yang menindas! Jauh sama sekali ye, kami dilindungi dibawah akta,patuh syariah dan adil, ianya selamat kepada semua. Tiada istilah siapa diatas akan meninggalkan orang dibawah. Best ke best?
9.Mengutamakan Konsep Memberi
Dalam shaklee, zilla banyak belajar erti memberi, bukan sekadar pemberian wang ringgit, tetapi pelbagai bentuk pemberian lain. Leader selalu mengingatkan, apa yang kita dapat, bukan milik kita seorang, Allah dah pinjamkan, kita perlu juga berkongsi. Seperti dalam shaklee sendiri, leader-leader kami sentiasa memberi, menyediakan reward atau hadiah, cabutan bertuah dan sebagainya untuk ahli-ahli shaklee. Itu adalah contoh yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk memberi pada orang lain juga.
Zilla rasa cukup dulu sampai disini untuk perkongsian kalini. Percayalah, antara banyak-banyak bisnes yang zilla dah join, komuniti dalam bisnes shaklee adalah yang sangat best dan terbaik! Jika ada yang berminat untuk sama-sama join, jangan lupa untuk whatsapp zilla ye😉
Azilla Muhammad
+601135253507
Pengedar Shaklee Bukit Jalil
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee2023
#pengedarshakleemalaysia



.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment