5 IDEA MENU SAHUR SIHAT
Alhamdulillah.... Hari ke 10 Ramadhan 1444H. Assalamualaikum semua pembaca blog Zilla. 10 hari dah kita berpuasa, didoakan semuanya sentiasa sihat dan bahagia. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, bertambah amal ibadah kita dan diterimaNya..insyaAllah. Apa perasaan korang semua? Setakat ni masih ok lagi ke? Zilla selalunya dah nak masuk fasa malas masak-masak waktu sahur ni. Hehe.. Sahur itu sunnah, maka terpaksa wajibkan diri jugak untuk bangun sahur walau minum segelas air, moga diterima amalan dan mendapat pahala bersahur, aamiin Ya Rab. Tapiiiii, itu dulu la ye. Sekarang makin rajin sebab sahur Zilla simple, sihat dan senang. Korang yang malas-malas tu jom baca perkongsian Zilla untuk dapatkan 5 idea menu sahur sihat. 5 IDEA MENU SAHUR SIHAT! 1. Overnight Oats - Siapkan oats dalam bekas, tambahkan susu/ yogurt serta buah-buahan segar seperti pisang atau strawberi, dan kacang-kacangan seperti almond. Biarkan semalaman dalam peti ais dan nikmati keeso