Intermittent Fasting – Diet Paling Trending & Popular

Intermittent Fasting – Diet Paling Trending & Popular

Tidak ramai yang mampu menumpaskan nafsu makan, melawan godaan makanan-makanan viral yang sangat meriah di Malaysia, sehinggakan ada yang menggelarkan negara kita adalah syurga makanan!

Namun begitu, tidak kurang juga peratusan rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjaga kesihatan lagi-lagi selepas melihat kebimbangan peningkatan statistik obesiti di negara kita. Jadi, ramai yang telah mengatur strategi serta merancang diet untuk kesihatan yang lebih baik.

Zilla percaya, antara pembaca entri ini kebanyakannya sudah pernah mendengar tentang Intermittent Fasting (IF), betulkan? Beruntungnya bagi yang sudah mengetahui dan mengamalkan diet IF ini! Tahu kenapa? IF berada di ranking pertama antara diet popular di Malaysia. Wahh, hebatkan! Ini bermaksud, diet IF ini sangat berkesan  dan pernah dinyatakan sebagai "the way of life" atau cara hidup. 

Kebanyakan daripada kita mengamalkan diet adalah semata-mata untuk kurus. Namun begitu, diet dengan kaedah Intermittent Fasting (IF) ini secara tidak langsungnya sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan kita - meningkatkan fungsi organ badan, mengawal kandungan gula & insulin badan, menjaga kesihatan jantung dan meningkatkan imuniti badan melawan penyakit.


Bagi anda yang belum jelas, secara ringkasnya, Intermittent Fasting (IF) adalah amalan diet yang mempunyai kitaran waktu tertentu untuk makan dan berpuasa! Dan amalan ini samada dilakukan setiap hari atau hanya beberapa hari dalam tempoh seminggu secara konsisten. Terdapat beberapa tempoh  tertentu yang sering diamalkan oleh pengamal diet IF, sebagai contohnya:

                                IF 12/12 - 12 jam tempoh berpuasa,12 jam had waktu makan
                                IF 14/10 - 14 jam tempoh berpuasa,10 jam had waktu makan  
                                IF 16/08 - 16 jam tempoh berpuasa,08 jam had waktu makan

Ini adalah contoh diet IF yang sering dilakukan ye! Kebiasaannya, bagi pemula yang ingin mencuba diet IF ini, anda digalakkan untuk mengamalkan diet IF 12/12. Mengapa IF 12/12? IF 12/12 ini adalah rutin harian kebanyakan daripada kita. Kebiasaannya orang mula breakfast pada waktu pagi, jam 8.00 pagi (bermulannya tempoh makan selama 12 jam) dan akan stop makan malam sebelum atau pada jam 8.00 malam (bermulanya waktu berpuasa selama 12jam).

Ehh, itu sudah masuk waktu tidurkan? Iya! Sebab itu IF berada di ranking pertama pilihan diet hebat! Waktu tidur pun boleh diet, hehehe. Jadi, bergantung pada keselesaan dan keperluan individu yang mana anda rasa lebih rilex dan badan boleh menerima proses IF tersebut.


Tapiiiiiiiii, perlu diingat ye, dalam tempoh berintermittent fasting itu ada sedikit pantang larangnya. Jangan risau, cuma perlu memilih beberapa jenis pemakanan dan ambil dalam jumlah yang terkawal sahaja. Memilih makanan bermaksud, seeloknya jauhi makanan tinggi kandungan gula, tinggi karbo, atau makanan segera (fast food). Sebaiknya, gantilah dengan pemakanan yang tinggi kandungan protein atau serat yangdapat membantu untuk kita kenyang lama dan selesa pada perut. Dan bagaimana pula tempoh berpuasa semasa Intermittent Fasting ni?

Ok, tempoh berpuasa ni sebenarnya sangat mudah! Dalam tempoh berpuasa IF ni sebenarnya anda boleh saja mengambil minuman yang dibenarkan. Apa-apa sahaja minuman yang rendah kalori atau zero sugar. Sekurang-kurangnya, bagi yang baru mengamalkan diet IF ini, anda tidak akan rasa terlalu lapar atau craving dalam tempoh berpuasa. Contoh minuman yang dibenarkan dan boleh meningkatkan metabolism kita adalah seperti minuman detox rendah kalori, air kosong, teh hijau atau lemon yang dicampur air. Anda boleh ambil mana-mana minuman yang selesa pada perut dan tidak memudaratkan. Jadi, semasa tempoh berpuasa, bukanlah anda tidak boleh mengambil langsung minuman ye! 


Sangat mudahkan!
Dah tahu cara untuk IF, apa pula manfaatnya? Jom kita rujuk pada rajah dibawah, seperti di awal penulisan ini, Zilla ada nyatakan juga beberapa manfaat Intermitten Fasting untuk kesihatan kita.


Alhamdulillah,
Harini pun Zilla sendiri berjaya lakukan diet IF tanpa sengaja! Sebabkan kesibukan waktu, tak sempat ambil breakfast, terus saja minum air protein sebagai pembuka puasa jam 11.00 pagi tadi.Sedang elok hampir waktu lunch di office. Kalau kira-kira, Zilla berjaya IF 15/9 untuk hari ini. 

Sibuk pun masih boleh berIF. Tidur pun masih boleh berIF, Ehh, senang sangatlaa!
Sebab itu, IF sangat popular dan trending pada masa kini!
Jom tahu lebih detail lagi berkenaan Intermittent Fasting di lain-lain perkongsian rakan-rakan kita yang sukakan Intermitten Fasting ni!Perkongsian menarik bagi pencinta Intermitten Fasting 😍

Sebelum terlupa, jika anda ada pertanyaan berkenaan IF, Zilla sangat mengalukan sebarang pertanyaan atau perkongsian berkenaan IF. 

Salam Sayang & Selamat BerIntermitten Fasting🤍

AzillaMuhammad|01135253507
Fb : Azilla Muhammad
Ig  : Azilla Muhammad

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleebukitjalil
#dietIFTRENDING



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia : 3 Keistimewaan Shaklee

5 IDEA MENU SAHUR SIHAT

Set Puasa Shaklee : Berpuasa Dengan Shaklee Semudah 1 2 3